Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han bercakap pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bil. 1/2020 di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 18 Februari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Enakmen sisa pepejal: Selangor tunggu jawapan Putrajaya

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri masih menunggu jawapan Kerajaan Persekutuan berhubung draf enakmen pengurusan sisa pepejal sendiri, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berharap permohonan tersebut diterima kerana enakmen yang bakal digubal meliputi semua aspek terutama untuk menangani isu sisa pepejal yang banyak di Selangor.

“Setiap negeri mempunyai jumlah sisa pepejal berbeza malah ada enakmen sesuai dan juga tidak sesuai untuk dilaksanakan peringkat negeri.

“Selangor berpendirian kita tidak akan melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam seperti yang diminta Kerajaan Persekutuan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang diwarta pada 2007 memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengawal selia sisa pepejal di Semenanjung, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Minggu lalu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata Selangor, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Perak tidak bersetuju melaksanakan akta tersebut.


Pengarang :