ADN Batangkali, Harumaini Omar ketika Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Selangor di Bukit Beruntung Golf Resort, Rawang pada 13 Februari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Fokus bangunkan infrastruktur rakyat di Hulu Selangor

RAWANG, 14 FEB: Pembangunan infrastruktur menjadi salah satu aspek yang akan diberi tumpuan di kawasan Hulu Selangor pada tahun ini selari dengan matlamat mensejahterakan rakyat, kata ahli dewan negeri Batang Kali.

Harumaini Omar berkata pihaknya merancang menambah baik fasiliti sedia ada di kawasan terbabit sekiranya mempunyai peruntukan mencukupi bagi menggerakkan pelaksanaan itu.

“Kita akan lihat perkara yang boleh dibantu antaranya menambah baik kemudahan kesihatan dan meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dengan menyediakan persekitaran kondusif kepada pelajar.

“Saya mengenalpasti beberapa sekolah yang mengalami masalah kekurangan pendawaian sehingga menjejaskan proses pembelajaran murid-murid,” katanya pada Majlis Penutup Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) Selangor 2020 di Bukit Beruntung Golf & Country Resort di sini, semalam.


Pengarang :