Exco Kerajaan Tempatan Ng Sze Han ketika Sesi Pendengaran Awam “Penilaian Prestasi PBT dan Ahli Majlis” di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 Februari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Ganti ahli majlis gagal tunjuk prestasi kerja memuaskan

SHAH ALAM, 20 FEB: Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor yang gagal menunjukkan prestasi kerja memuaskan akan diganti, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata, Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan segelintir ahli majlis tidak tahu skop kerja kerana ia akan menjejaskan kualiti perkhidmatan PBT.

“Sepatutnya tidak timbul isu berkaitan kerana mereka telah menjalani kursus namun secara kesuruhannya prestasi 288 ahli majlis di seluruh negeri adalah baik malah kita banyak melaksanakan reformasi dalam PBT,” katanya.

Beliau menjadi saksi sesi pendengaran awam ‘Penilaian Prestasi PBT dan Ahli Majlis Negeri Selangor’ oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Bangunan Annex di sini hari ini.

Selcat dipengerusikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Ng Suee Lim dan ahli jawatankuasa terdiri ADN Hulu Kelang Saari Sungib, ADN Banting Lau Weng San, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.


Pengarang :