Haniza Talha (tengah) bersama penduduk setempat yang menyertai program Kempen Lembah Jaya Bersih 2020 di DUN tersebut pada 22 Februari lalu. Foto Facebook Haniza Talha
ADNSELANGOR

Haniza: Kitar semula, dapat ganjaran

SHAH ALAM, 23 FEB: Penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya digalak mengumpul barangan yang boleh dikitar semula, sekali gus mengumpul mata ganjaran.

Ahli Dewan Negerinya Haniza Talha berkata ganjaran melalui program Kempen Lembah Jaya Bersih 2020 boleh ditebus dengan penukaran barang di premis perniagaan di sekitar Dataran Kolejas.

“Penduduk yang mempunyai barangan seperti televisyen, telefon bimbit (yang sudah rosak) atau apa sahaja peralatan boleh dikitar semula disaran membawanya ke Dataran Kolejas pada setiap Ahad bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya melalui hantaran di Facebook, semalam.

Beliau berkata selain melahirkan generasi prihatin terhadap alam sekitar, inisiatif tersebut membantu memastikan kebersihan DUN dipertingkat dari semasa ke semasa.

Program turut mendapat kerjasama Jabatan Kitar Semula Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Koperasi Anak-Anak Lembah Jaya Selangor.


Pengarang :