Dato’ Seri Amirudin Shari menandatangani buku Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor (Penggantian) 2035 di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 3 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
PILIHAN MINGGUANSELANGOR

Hulu Selangor jadi gerbang pembangunan utara 2035

HULU SELANGOR, 3 FEB: Daerah Hulu Selangor akan dimajukan sebagai gerbang pembangunan utara negeri menjelang 2035, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelbagai langkah diatur untuk merancakkan semula beberapa kawasan sebelum ini apabila dibangunkan secara tidak tersusun, termasuk projek perumahan yang tidak mendapat sambutan.

“Berdasarkan kajian, banyak kawasan dibangunkan tetapi ditinggalkan. Isu ini berlaku di Bandar Bukit Beruntung, Bandar Bukit Sentosa, Bandar Sungai Buaya dan Lembah Beringin.

“Ia membabitkan 2,336 unit kediaman, 1,105 unit industri dan 787 unit komersial,” katanya pada Majlis Pelancaran Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 di Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan pelan pembangunan di Hulu Selangor mengambil kira penggunaan tanah secara lestari serta mesra alam.

“Saya yakin pelan digariskan menghidupkan kembali Bandar Bukit Beruntung dan kawasan lain. Saya boleh katakan Bukit Beruntung kembali beruntung,” katanya.


Pengarang :