Pegawai Tadbir Agama, Nasrul Hadi Rohani dan Pengerusi MPKK Batu 2 Sepintas, Subir Mat Ali menyampaikan sumbangan kepada warga emas pada Program Interpersonal Dakwah Prihatin Siri 1 di Kampung Batu 2 Sepintas, Sabak Bernam pada 13 Februari 2020.
AGENSISELANGOR

Interpersonal dakwah dekati warga emas

SHAH ALAM, 25 FEB: Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam menganjurkan Program Interpersonal Dakwah Prihatin siri 1 dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 2 Sepintas pada 13 Februari lalu.

Program secara ziarah dakwah ini mendekati warga emas yang memerlukan bantuan dan memberi motivasi kepada masyarakat untuk mencontohi kecekalan mengharungi kehidupan.

Pegawai Tadbir Agama, Nasrul Hadi Rohani dan Pengerusi MPKK Batu 2 Sepintas, Subir Mat Ali menyampaikan sumbangan serta penghargaan kepada anak-anak yang sanggup berkorban menjaga orang tua yang uzur.


Pengarang :