Kakitangan perubatan sedang memeriksa seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 di sebuah hospital di Wuhan, China pada 16 Februari 2020. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Jumlah kematian akibat Covid-19 di China meningkat 2,788

BEIJING, 28 FEB: Jumlah kematian akibat Covid-19 di China meningkat sebanyak 44 menjadikan jumlah keseluruhan sehingga kini 2,788 orang, kes disahkan pula berjumlah 327 melonjak kepada 78,824, lapor agensi berita Sputnik memetik jawatankuasa kesihatan negeri pada Jumaat.

“Kes dilaporkan dari 31 wilayah (daerah, bandar). Sebanyak 78,824 kes disahkan termasuk 39,919 pesakit (7,952 berada dalam keadaan kritikal), 36,117 dibenar keluar hospital, 2,788 meninggal dunia,” kata Suruhanjaya Kesihatan Negara dalam satu kenyataan.

Sehingga 27 Februari, terdapat 318 kes baharu disahkan di Hubei, 313 dan 41 kematian dilaporkan di Wuhan.

Sejak mula dikesan di Wuhan, virus itu telah merebak ke seluruh dunia – menjejaskan lebih 40 buah negara, menurut maklumat terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO sebelum ini turut mengisytiharkan darurat kesihatan global.

– BERNAMA


Pengarang :