Kakitangan MDHS dan penyewa premis menjayakan program gotong-royong di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali di sini pada 14 Februari 2020. Foto ihsan Bahagian Korporat MDHS
PBTSELANGOR

Kakitangan MDHS, penyewa premis gotong-royong bersih dewan

HULU SELANGOR, 15 FEB: Seramai 70 kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) termasuk penyewa premis bergotong-royong membersihkan Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali di sini semalam.

Program bermula pada 3 petang itu bertujuan meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan premis selain mengeratkan hubungan silaturahim antara penyewa serta kakitangan.

Jurucakap MDHS berkata kerja pembersihan meliputi bahagian dalam serta luar dewan seperti longkang, tandas, surau, lantai dan sekitar kawasan terbabit.

“Lokasi ini dipilih berdasarkan kekerapan penyewaan dewan oleh masyarakat setempat untuk aktiviti kenduri, pertandingan sukan dan ceramah. Oleh itu, kebersihan dan keceriaan penting untuk memberi keselesaan kepada penyewa,” katanya dalam kenyataan.

MDHS turut memaklumkan pihaknya menyasarkan program terbabit dijalankan tiga kali setahun dengan tumpuan di kawasan harta pentadbiran mereka seperti pasar awam, premis makanan dan dewan komuniti.

“Ia bagi mewujudkan rasa tanggungjawab dalam menjaga kemudahan yang disediakan dan pembersihan tidak bergantung kepada PBT sahaja, malah penyewa juga perlu memainkan peranan memastikan premis disewa sentiasa kemas serta bersih,” kata kenyataan itu.


Pengarang :