EXCOSELANGOR

Kempen kesedaran barah buka tirai Karnival 3W

SHAH ALAM, 4 FEB: Kempen kesedaran barah menjadi acara pembuka tirai Karnival 3W (Kesihatan, Kebajikan, Wanita) di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang pada 29 Februari ini, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata karnival terbabit akan memberi bimbingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental berkaitan penyakit itu yang mana disediakan intensif pemeriksaan mamogram percuma kepada wanita berusia 40 tahun ke atas sebagai langkah awal mengesan risiko barah payudara.

 

“Karnival 3W juga menjadi landasan untuk mempromosi perkhidmatan kesihatan ditawarkan Kerajaan Negeri secara percuma kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Kanser Sedunia 2020.

 

Mariah berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan pada 2018, barah menjadi penyebab kematian kedua paling tinggi di dunia iaitu satu daripada setiap enam kematian.

“Amalkan tips bagi mengurangkan risiko barah iaitu amalan pemakanan sihat, lakukan aktiviti fizikal, ujian saringan, jangan merokok, tidak minum air beralkohol dan mengelak terdedah kepada cahaya matahari,” katanya.


Pengarang :