Selangorkini
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Noraini Roslan ketika Sesi Pendengaran Awam “Penilaian Prestasi PBT dan Ahli Majlis” di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 Februari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBT SELANGOR

Keputusan peringkat PBT bukan kuasa mutlak YDP

SHAH ALAM, 20 FEB: Keputusan pada peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan dibuat secara mutlak oleh yang dipertua (YDP), sebaliknya adalah keputusan hasil muafakat, kata YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

“Jadi tidak timbul isu YDP atau ahli majlis berkuasa di dalam sesebuah pentadbiran, ini kerana sebarang usul akan dibahas serta diputuskan bersama,” kata Noraini Roslan.

Sudah berkhidmat hampir 30 tahun, beliau berkata MPSJ sentiasa membuka ruang kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) berkomunikasi dengan PBT sekiranya mempunyai sebarang masalah.

“Pada masa sama seramai 24 ahli majlis MPSJ boleh membantu ADN dan bertindak sebagai ejen sekiranya terdapat isu ingin dikemukakan. Mereka (ADN) juga boleh hubungi kami pada bila-bila masa,” katanya yang juga saksi pada sesi pendengaran awam penilaian prestasi PBT dan ahli majlis oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) di Bangunan Annex di sini hari ini..

Turut dipanggil ialah YDP Majlis Daerah Kuala Langat Mohamad Zain A Hamid dan Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohd Sayuthi Bakar.

Ia dipengerusikan ADN Sekinchan Ng Suee Lim serta anggotanya ADN Hulu Kelang Saari Sungib, ADN Banting Lau Weng San, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, ADN Sungai Air Tawar Rizam Ismail dan ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.


Pengarang :