AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerajaan komited terap nilai al-Quran dalam pentadbiran negara

KOTA KINABALU, 22 FEB: Kerajaan melalui agensi agama komited dalam usaha menerapkan nilai-nilai al-Quran dalam pentadbiran negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata usaha melahirkan negara rahmah didiami ummah sejahtera dan bertamadun mencerminkan kesungguhan kerajaan menyatupadukan rakyat.

Beliau berkata demikian pada penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 1441H/2020M peringkat Kebangsaan yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di sini, malam tadi.

“Anggota masyarakat bertamadun akan menghayati semangat tolong-menolong dan bantu-membantu untuk mencapai kebaikan bersama,” katanya.

Mujahid berkata masyarakat bertamadun juga saling menyantuni antara satu sama lain.

Menurutnya tindakan kekerasan tidak meninggalkan kesan positif dalam usaha melebarkan risalah dakwah.

Justeru, beliau berkata jurang perbezaan yang wujud dari kepelbagaian bangsa dan latar belakang budaya perlu ditangani secara berhikmah.

-BERNAMA


Pengarang :