Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali (tengah) bergambar bersama guru dan pelajar padaMajlis Pelancaran Konvesyen Generasi Bestari (Smart Gen) MPSJ 2020 pusat beli- belah The Summit USJ, Subang Jaya pada 25 Februari 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Konvensyen Smart Gen himpun lebih 2,000 pelajar, guru

SUBANG JAYA, 25 FEB: Konvensyen Generasi Bestari (Smart Gen) yang memasuki edisi keempat tahun ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan kira-kira 2,181 pelajar termasuk guru sekolah di sekitar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kata timbalan yang dipertuanya.

Mohd Zulkurnain Che Ali berkata konvensyen ini merupakan Pelan Strategik MPSJ 2020-2025 dalam usaha membentuk masyarakat bandar bertamadun dan peka terhadap kebersihan persekitaran, kelestarian alam sekitar serta pembangunan mampan.

“Pelajar diasuh dan dibentuk menjadi agen perubahan komuniti masa kini dan misi mereka untuk mempengaruhi masyarakat sekeliling dengan nilai murni,” katanya pada majlis pelancaran Smart Gen di pusat beli-belah The Summit di sini hari ini.

Konvensyen dua hari itu menerapkan tiga modul utama merangkumi 11 aktiviti antaranya alam sekitar, kesihatan, persekitaran dan cintai perbandaran.


Pengarang :