Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Perasmian Program Pemurniaan Pelancongan Selangor (P3S) peringkat Kuala Selangor di Dataran Melawati, Kuala Selangor. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
PILIHAN MINGGUANSELANGOR

Koronavirus: Selangor sasar pelancong negara lain

KUALA SELANGOR, 4 FEB: Selangor menyasarkan lebih ramai pelancong dari negara Timur Tengah, Korea, Jepun dan Taiwan berkunjung ke negeri ini selepas Malaysia menggantung sementara visa kepada warga China susulan penularan wabak koronavirus 2019, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri akan memperhebatkan promosi dan galakkan dari negara-negara berkenaan supaya industri pelancongan Selangor tidak terjejas.

“Saya yakin ia beri kesan kepada pelancongan. Bukan sahaja pengunjung dari China, tetapi rakyat negara lain juga akan berkira-kira atau berhati-hati untuk keluar ke negara lain kerana bimbang akan wabak ini.

“Sudah pasti di Selangor kita memperhebatkan promosi ke pelancong lain contohnya Jepun kerana kita mempunyai sambutan Bon Odori setiap tahun,” katanya selepas merasmikan Program Pemurnian Pelancongan (P3S) di Dataran Malawati, di sini hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri sentiasa membuat semak silang dengan jabatan berkaitan dan mendapatkan maklumat dari EXCO kesihatan dalam isu berkenaan dari masa ke masa kerana Selangor merupakan pintu masuk utama ke negara.

“Saya harap vaksin yang sesuai ditemui serta dikenal pasti. Keprihatinan kerajaan membawa pulang warganegara pulang adalah contoh kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad menyasarkan kedatangan seramai 7.8 juta pelancong dalam dan luar negara tahun ini sempena Tahun Melawat Malaysia.

Katanya, sasaran itu sebelum ini menjangkakan kedatangan pelancong warga China paling ramai ke negeri ini seperti tahun 2018.


Pengarang :