Dato’ Seri Amirudin Shari bersama tetamu lain menggaul Yee Sang ketika Majlis Sesi Ramah Mesra Dato’ Menteri Besar Selangor Dengan Pemimpin-Pemimpin Serta Ahli Keusahawanan Anjuran Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Hotel Concorde, Shah Alam pada 5 Februari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Koronavirus: Selangor sedia buka pusat kuarantin

SHAH ALAM, 5 FEB: Kerajaan Negeri bersedia membuka pusat kuarantin bagi membendung penularan koronavirus 2019 pada bila-bila masa, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia susulan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Selangor menjadi rakyat Malaysia pertama disahkan positif virus itu dan perbincangan sudah dijalankan bersama EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud.

“Kita sudah ada beberapa cadangan lokasi jika diminta Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra anjuran Persatuan Hokkien Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan pesakit terbabit manakala perkembangan terbaharu hari ini dua lagi warga tempatan yang dibawa pulang dari Wuhan, China juga positif koronavirus.


Pengarang :