AGENSISELANGOR

Maqis Selangor rampas patung ukiran gajah

KLANG, 17 FEB: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas tiga kotak kayu berisi patung ukiran gajah dari Indonesia di pintu masuk Pelabuhan Klang Selatan di sini.

Pengarahnya, Dr Tarmisal Alimin berkata barang dianggarkan bernilai RM15,000 dijumpai ketika pemeriksaan ke atas sebuah tongkang dari Indonesia, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kotak kayu yang digunakan sebagai pembungkus patung ukiran gajah itu tidak mempunyai permit import Maqis.

“Kotak kayu tersebut juga tidak dirawat mengikut syarat import ditetapkan,” katanya dalam kenyataan semalam.


Pengarang :