Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB ulas poster palsu: Pemimpin PAS bukan penasihat saya

SHAH ALAM, 14 FEB: Dato’ Seri Amirudin Shari menafikan Azman Shapawi Abd Rani adalah penasihatnya.

Menegaskan berita yang tular di media sosial sebagai palsu, Dato’ Menteri Besar berkata pemimpin PAS itu tidak memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Selangor.

“Saya telah dimaklumkan mengenai satu poster yang tular di media sosial mengatakan Ustaz Azman Shapawi Abd Rani merupakan penasihat Menteri Besar Selangor dari parti PAS.

“Ini adalah tidak benar sama sekali. Beliau tidak memegang jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor,” katanya melalui hantaran Twitter hari ini.

Satu poster program parti politik memaparkan nama Azman Shapawi memegang jawatan berkenaan. Beliau adalah bekas Ahli Dewan Negeri Rantau Abang.


Pengarang :