BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPK tidak kompromi kakitangan salah guna kuasa

SHAH ALAM, 15 FEB: Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan berkompromi terhadap kakitangannya yang melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Mengesahkan tiga penguat kuasanya terlibat memeras ugut pekerja asing di Klang Utara baru-baru ini, pihak berkuasa tempatan itu komited memberi kerjasama kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“MPK juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Pekerja (Perlakuan Dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Klang 1995 sekiranya didapati bersalah dan menjejaskan imej,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tiga penguat kuasa berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menyamar sebagai pegawai polis ditahan sejurus laporan dibuat oleh mangsa mengenai kejadian itu.

Dalam laporannya, mangsa memaklumkan ketiga-tiga suspek memeriksa dokumen rakannya yang juga warga asing sebelum memeras ugut sejumlah wang tunai untuk tidak mengambil tindakan ke atas rakan mangsa.

Kesemua suspek direman tiga hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 384/170 Kanun Keseksaan.


Pengarang :