PBTSELANGOR

MPS jejak pembuang sampah haram sampai ke rumah

GOMBAK, 20 FEB: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memberi notis kompaun kepada pemandu lori yang membuang sampah di tempat larangan di Pasar Moden Seri Gombak Fasa 3, Taman Seri Gombak baru-baru ini, kata pengarah jabatan korporatnya.

Mohamad Zin Masoad berkata, perbuatan lelaki itu dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan tersebut.

“Menerusi nombor pendaftaran kenderaan dirakam, pihak MPS pergi ke rumah pemilik lori itu dan memberi notis kompaun,” lapor Sinar Harian hari ini.

Katanya, notis kompaun itu mengikut Seksyen 4, Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007.

Jelasnya, MPS akan memperbanyakkan CCTV di kawasan pembuangan sampah haram bagi membanteras kegiatan itu.


Pengarang :