Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam program kitar semula anjuran MPS. Foto MPS
PBTSELANGOR

MPS pupuk pelajar hargai alam sekitar

SHAH ALAM, 22 FEB: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempergiat program kitar semula bermula dari sekolah bagi memupuk kesedaran menjaga alam sekitar, kata pengarah jabatan korporatnya.

Mohamad Zin Masoad berkata bagi tujuan itu, usaha mendidik generasi muda berhubung amalan sifar sisa dilaksanakan di dua buah sekolah pada 20 Februari lalu.

“Program bank kitar semula di Sekolah Kebangsaan Setia Budi mendidik pelajar menguruskan sampah secara bijak supaya boleh ditukar kepada wang ringgit.

“Taklimat kempen 3K (kebersihan, kesihatan dan kelestarian) di Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang pula memfokuskan amalan kitar semula dan bahaya denggi,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Zin berkata pengisian program turut merangkumi sesi soal jawab dan pameran.

Belanjawan Selangor 2020 memperuntukkan RM600,000 bagi mewujudkan pusat kitar semula komprehensif di semua pihak berkuasa tempatan di negeri ini selaras konsep ekonomi kitaran.


Pengarang :