PBTSELANGOR

MPSJ buka pusat latihan bantu B40

SUBANG JAYA, 26 FEB: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama Pejabat EXCO Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi membuka Pusat Komuniti Latihan dan Penghasilan Produk Komuniti Berdaya di Kompleks 3C, MPSJ pada 28 Mac ini.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata pusat ini akan membantu golongan B40 melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan bagi menaik taraf sosioekonomi keluarga sekali gus keluar daripada masalah kemiskinan.

“Tempat pembelajaran ini khas buat warga miskin bandar, ibu tunggal dan wanita menjana pendapatan dengan menghasilkan produk selain membina hubungan pemasaran,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil 2/2020 di sini hari ini.

Pusat itu akan dirasmikan EXCO pemberdayaan V Ganabatirau pada jam 10 pagi.


Pengarang :