AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pakatan Harapan Selangor stabil, terus tadbir negeri

SHAH ALAM, 25 FEB: Pakatan Harapan (Pakatan) Selangor mempunyai majoriti besar dan stabil untuk kekal sebagai kerajaan bagi meneruskan pentadbiran, kata pengerusi Amanah negeri.

Ir Izham Hashim berkata pihaknya setia dalam Pakatan selaras dengan ketetapan pada peringkat nasional serta menghormati mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

“Kami memohon agar rakyat Selangor sentiasa mendoakan kestabilan keadaan politik negeri dan semoga rakyat serta warga Selangor sentiasa makmur dan sejahtera,” katanya dalam kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Parti Amanah Negara Negeri Selangor kekal setia di dalam Pakatan Harapan selaras dengan ketetapan yang telah dibuat diperingkat nasional.

Kami menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihanraya Umum ke14 yang lalu.

PH Selangor juga mempunyai majoriti yang besar dan stabil serta akan terus kekal sebagai kerajaan bagi mentadbir Negeri Selangor.

Kami memohon agar rakyat Selangor sentiasa mendoakan kestabilan keadaan politik negeri dan semoga rakyat serta warga Selangor sentiasa makmur dan sejahtera.


Pengarang :