Dr Siti Mariah mahmud menyampaikan Anugerah Tokoh PDK kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Selangor, Mohammad Hanafi Maulud pada Majlis Anugerah pemulihan dalam komuniti negeri Selangor De Palma Hotel Shah Alam. 15 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pengarah JKM Selangor dinobat tokoh martabat golongan OKU

SHAH ALAM, 15 FEB: Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor Mohamad Hanafi Maulud dinobat sebagai Tokoh Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selangor pada satu majlis di Hotel De Palma di sini hari ini.

Pernah menjadi panel utama bagi sesi pembentangan berkaitan orang kelainan upaya (OKU) Malaysia di Jepun pada 2000, Mohamad Hanafi tidak jemu membantu golongan OKU hingga mendapat tempat dalam masyarakat.

“Saya masih ingat pada sekitar tahun 1960 hingga 1970-an, ramai insan istimewa ini dibiarkan tanpa diberi bimbingan khusus. Mereka dibiar berkeliaran di jalan raya, sehingga jiran tetangga menganggap OKU seperti gangguan.

“Tetapi kini keadaan sudah berubah, dengan adanya PDK ia membantu ibu-bapa melatih anak OKU berdikari malah sudah mampu bekerja,” kata Mohamad Hanafi Maulud yang turut terlibat menubuhkan empat PDK di Johor pada 1992.

Terdahulu Mohamad Hanafi menerima sijil dan cenderamata yang disampaikan EXCO kebajikan, Dr Siti Mariah Mahmud.


Pengarang :