Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze (kiri) menunjukkan penghadang jalan yang dibina MPSJ di hadapan kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, SS18/1B, Subang Jaya. 14 Febuari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADN SELANGOR

Penghadang jalan elak kemalangan di SMK Subang Utama

SHAH ALAM, 14 FEB: Pembinaan penghadang jalan sepanjang 75 meter oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi mengelakkan kemalangan serta kesesakan berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Subang Utama, kata Ahli Dewan Negeri Subang Jaya.

Michelle Ng Mei Sze berkata projek itu yang siap pada Januari lalu itu dapat mengelakkan ibu-bapa dari meletak kenderaan di bahu jalan ketika menghantar mahupun mengambil anak dari sekolah terbabit.

“Sebelum ini apabila mereka meletakkan kenderaan di situ, ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi turut mendatangkan risiko kepada pemandu di sepanjang jalan SS18, ia kerana trafik bagi kawasan itu agak laju dan sesak.

“Saya bersyukur kerana MPSJ mengeluarkan peruntukan RM18,000 bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika meninjau lokasi penghadang jalan raya di SMK Subang Utama bersama Ahli Majlis MPSJ, Ken Chia serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Subang Utama.


Pengarang :