Halimey Abu Bakar dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah bergambar bersama sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Dun Seri Setia di Giant Hypermarket Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 16 Februari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Pengurusan sampah DUN Seri Setia efektif, aduan berkurang

PETALING JAYA, 16 FEB: Pengurusan sisa pepejal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menunjukkan kesan positif selepas diambil alih KDEB Waste Management (KDEBWM), kata ahli dewan negerinya.

Halimey Abu Bakar berkata pihaknya juga tidak menerima banyak aduan berhubung masalah kutipan sampah di tapak yang boleh menyebabkan gangguan bau.

“Tahap kebersihan di lokasi juga semakin bersih berbanding sebelum ini. Justeru, saya berharap KDEBWM sentiasa menjaga prestasi kontraktor supaya tiada aduan,” katanya pada Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat DUN Seri Setia di Giant Hypermarket Kelana Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Majlis Petaling Jaya Zon 24, Nurainie Haziqah Shafi’i.

Katanya, kesedaran komuniti terhadap pengurusan sampah bermula di kediaman masing-masing juga semakin meningkat.

“Kesedaran masyarakat berbeza jika dibandingkan sebelum ini memandangkan di kawasan Seri Setia kebanyakan Badan Pengurusan Bersama berganding bahu antara satu sama lain,” katanya.

KDEBWM yang mengendalikan pengurusan sisa pepejal di Selangor berjaya mengurangkan aduan sejak Mac 2017.


Pengarang :