Datuk Abdul Rashid Asari. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Pengusaha hotel Selangor dicadang turunkan harga bilik

SHAH ALAM,13 FEB: Selangor mencadangkan kepada pengusaha hotel di negeri ini supaya menurunkan harga bilik untuk menarik pelancong.

EXCO pelancongan Datuk Abdul Rashid Ashari berkata ia adalah salah satu cara untuk merancakkan sektor pelancongan negeri yang terjejas akibat penularan Covid-19.

“Banyak tempahan hotel dibatalkan akibat penularan virus ini dan atas sebab itu kita cadangkan pengusaha hotel buat promosi turunkan harga bilik.

“Kerajaan Negeri sedang aturkan pertemuan dengan persatuan hotel Selangor dan kita harap pertemuan dapat dibuat sebelum Mac,” katanya kepada SelangorKini, hari ini.

Sebelum ini Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) mengesahkan 95,000 tempahan hotel dibatalkan.


Pengarang :