PBTSELANGOR

Perlu permit pamer motosikal, basikal di kaki lima

SHAH ALAM, 12 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meluluskan pemberian permit meletakkan motosikal dan basikal yang dipamer di luar premis perniagaan, kata datuk bandarnya.

Dato’ Mohd Sayuthi Bakar berkata kelulusan itu dibenarkan kepada peniaga di premis komersial dan industri.

Bagaimanapun, katanya, syarat pemberian permit itu perlu mengambil kira lebihan kawasan kaki lima untuk laluan awam dan orang kelainan upaya.

“Bagi peniaga di kawasan industri mereka dikenakan sewa mempamerkan kenderaan di luar premis dengan kadar RM400 sepetak sebulan manakala bagi peniaga di bangunan komersial mereka hanya perlu memperoleh permit sebagai kebenaran meletakkan kenderaan di luar premis,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :