Harumaini Omar (tengah) bergambar bersama pasukan Daerah Petaling Utama pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Selangor di Bukit Beruntung Golf Resort, Rawang pada 13 Februari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Petaling Utama juara Kejohanan Golf MSS Selangor 2020

RAWANG, 13 FEB: Daerah Petaling Utama muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah (MSS) Selangor 2020 yang berlangsung di Bukit Beruntung Golf & Country Resort di sini.

Mengutip 51 mata, pemain menerima piala dan sijil yang disampaikan Ahli Dewan Negeri Batang Kali, Harumaini Omar.

Petaling Perdana pula sekadar berpuas hati di tempat kedua dengan 46 mata manakala daerah Hulu Langat yang mencatat 34 mata berada di kedudukan ketiga.

Kejohanan berlangsung dua hari sejak semalam itu menghimpunkan 160 peserta membabitkan kategori lelaki dan perempuan bawah 12,15 dan 18 tahun.

Harumaini berkata kejohanan itu memberi pendedahan kepada atlet golf dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah yang berdaftar dengan MSS Selangor.

“Ini kerana sukan golf merupakan satu industri menguntungkan dan dunia pada hari ini menjadikannya sebagai satu kerjaya memandangkan pendapatan pemain golf terkenal sudah mencecah jutaan dolar.

“Ganjaran wang lumayan menyebabkan golf sangat popular dalam kalangan belia, malah atlet yang mengambil bahagian pada kejohanan hari ini adalah sebahagian daripada mereka (belia),” katanya.


Pengarang :