Siti Zubaidah Abd Jabar menyerahkan replika cek pada Majlis Sumbangan Pakej Jahitan kepada Asnaf di ibu pejabat Teras di Taman Klang Sentral, Klang pada 27 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKNS sumbang RM50,000 bantu usahawan asnaf

KLANG, 28 FEB: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) semalam menyumbang RM50,000 kepada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) bagi membantu meningkatkan taraf hidup 10 usahawan asnaf.

Ketua Pegawai Korporat PKNS Siti Zubaidah Abd Jabar berkata sumbangan daripada zakat perniagaan bagi membeli dua jenis mesin jahit untuk asnaf memulakan perniagaan jahitan.

Siti Zubaidah Abd. Jabar

“Setiap seorang daripada mereka bakal menerima dua jenis mesin jahit iaitu mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi serta ditawarkan kelas kemahiran menjahit selama enam bulan dengan pemantauan berterusan oleh Teras.

“Kita harap sumbangan kali ini membantu mengurangkan kekangan kewangan yang dihadapi asnaf. PKNS memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan menyantuni golongan ini melalui medium terbaik,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pakej Jahitan kepada Asnaf Fakir Miskin, di sini.

Siti Zubaidah turut berharap golongan asnaf mencari inisiatif lain yang ditawarkan pihaknya untuk menjana pendapatan dan tidak hanya tertumpu kepada kursus Teras.

Tahun lalu, PKNS menyumbang RM150,000 bagi pembelian 13 mesin vakum untuk pakej cucian fabrik.


Pengarang :