AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PLUS bina tembok konkrit tingkat keselamatan Lebuhraya ELITE

SHAH ALAM, 11 FEB: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membina tembok penghadang konkrit di tengah persimpangan bertingkat Seafield dan Ebor di Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Lebuhraya ELITE) bagi mengelak kenderaan berat terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

PLUS dalam kenyataan berkata bagi kerja-kerja penambahbaikan itu lorong kanan antara Kilometer (KM) 3.70 hingga KM5.45 ditutup kepada semua kenderaan.

“Keputusan membina tembok konkrit itu bagi menggantikan rel penghadang sedia ada untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan.

“Pembinaan dijangka selesai suku ketiga tahun ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, PLUS menasihatkan semua pengguna lebuh raya di kawasan pembinaan merancang perjalanan, mematuhi had laju dan papan tanda disediakan.


Pengarang :