Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak meletak jawatan selepas kerajaan perikatannya tumbang. Foto: Getty Image
AGENDAGLOBAL

PM Timor Leste letak jawatan

JAKARTA, 25 FEB: Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak, meletak jawatan selepas kerajaan perikatannya tumbang, lapor agensi berita Xinhua memetik media Indonesia pada Selasa.

Perdana Menteri menghantar surat peletakan jawatan kepada presiden pada Selasa, ketika negara Asia Tengara itu berdepan ketidakstabilan politik terbaru selepas tumbangnya perikatan yang menyokong beliau di parlimen, lapor Jakarta Post.

“Saya sudah menghantar surat (peletakan jawatan) kepada presiden,” kata Taur Matan Ruak kepada pemberita selepas bertemu Presiden Francisco Guterres.

Katanya, beliau bersedia menjalankan tugas buat sementara waktu sehingga peletakan jawatannya diterima bagi memastikan aktiviti kerajaan terus berjalan, lapor akhbar itu.

-BERNAMA


Pengarang :