Anggota penguat kuasa MPS menyita peralatan di sebuah premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen di Bandar Baru Rawang pada 14 Februari. Foto ihsan MPS
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Premis hiburan tanpa lesen digempur

RAWANG, 16 FEB: Sebuah premis hiburan di Bandar Baru Rawang di sini digempur penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana beroperasi tanpa lesen.

Pengarah Jabatan Korporatnya Mohamad Zin Masoad berkata Operasi Bersepadu yang dijalankan kelmarin hasil maklumat dan siasatan di kawasan terbabit.

“MPS menyita seunit meja pool, dua set kayu snooker dan 36 unit bangku bar hitam. Tindakan dibuat selaras Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995,” katanya dalam kenyataan.

Sebuah lagi rumah urut turut disita pihak berkuasa tempatan berkenaan atas kesalahan sama.

Mohamad Zin menegaskan serbuan lebih kerap akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan enggan berkompromi dengan mana-mana pusat hiburan serta rumah urut yang beroperasi tanpa lesen.

 


Pengarang :