Dato’ Abdul Rashid Ashari
EXCOSELANGOR

Promosi pelancongan Selangor menerusi ekspo antarabangsa

SHAH ALAM, 13 FEB: Selangor akan menyertai beberapa ekspo pelancongan antarabangsa terbesar sepanjang tahun ini bagi mempromosi pelancong ke negeri ini, kata EXCO pelancongan.

Dato’ Abdul Rashid Ashari berkata ekspo tersebut menjadi landasan terbaik bagi mencapai sasaran lapan juta pelancong.

“Kita akan sertai ekspo di Berlin, Dubai, Miami, dan Tokyo. Peluang sebegini tidak harus dilepaskan kerana ia menjadi tumpuan pemain industri.

“Dalam kelembapan industri pelancongan sekarang, kita yakin ia akan memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri,” katanya kepada SelangorKini di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Program Jelajah Persona Selangor 2020 khusus untuk meningkatkan kehadiran pelancong domestik.

Selangor menyasarkan perolehan RM15 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2020).


Pengarang :