AGENDAJENAYAH

Rosmah tidak hadir hari pertama bicara kes rasuah

SHAH ALAM, 3 FEB: Datin Seri Rosmah Mansor tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk hari pertama perbicaraan kes rasuahnya hari ini.

Peguamnya, Jagjit Singh berkata isteri bekas perdana menteri, Najib Razak itu tidak sihat, lapor Malaysiakini.

“Kami telah serahkan salinan laporan kesihatan bertarikh 2 Februari kepada Yang Arif,” katanya kepada hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Rosmah didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah ratusan juta ringgit berkaitan projek membekal dan memasang tenaga solar di 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.


Pengarang :