Ir Izham Hashim (tengah) bersama Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan (tengah, kanan) bersama peserta larian sempena Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 9 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Selangor cadang anjur festival buah-buahan

SHAH ALAM, 9 FEB: Kerajaan Negeri bercadang menganjurkan festival buah-buahan di setiap daerah di Selangor bagi menggalakkan penanaman produk tempatan, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata pelaksanaan itu selaras dengan dasar negeri untuk memasarkan bahan berkaitan termasuk sayur-sayuran berkualiti kepada masyarakat.

“Sebagai contoh, Kuala Selangor saya cadangkan festival tembikai kerana di sana terkenal dengan tembikai jenis ‘rock melon’ dan ‘golden melon’ manakala Kuala Langat pula nenas, pisang serta durian.

“Tambah menarik apabila harga ditawarkan lebih rendah dengan potongan mencecah 40 peratus,” katanya pada Program Hari Shah Alam Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.

Ir Izham Hashim melawat gerai buah-buahan tempatan disediakan kepada peserta secara percuma sempena Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 9 Februari 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan serta hampir 5,000 pengunjung yang juga peserta acara Larian Pendidikan Shah Alam.

Pada program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam, Izham turut menyediakan 1,000 kilogram buah-buahan tempatan secara percuma untuk pengunjung antaranya kelapa pandan, pisang, nenas, jambu dan mangga.


Pengarang :