EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui media selepas upacara pelepasan (Flag off) peringkat ke-5 Le Tour De Langkawi 2020 di Kuala Kubu Bharu pada 11 Februari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Selangor pertimbang insentif atlet Sopma

SHAH ALAM, 11 FEB: Selangor akan mempertimbangkan pemberian insentif kepada atlet yang meraih pingat pada Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) Jun ini, kata EXCO sukan.

Mohd Khairuddin Othman berkata Kerajaan Negeri sentiasa menghargai atlet orang kurang upaya (OKU) yang meraih kejayaan pada kejohanan sukan tempatan atau antarabangsa.

“Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan kepada atlet yang menyertai Sopma atau mana-mana sukan para yang disertai golongan terbabit.

“Malah, kita juga bersedia untuk membantu persatuan sukan mereka. Apa yang penting atlet perlu memberi fokus untuk meraih kejayaan dalam kejohanan yang disertai,” katanya kepada SelangorKini.

Johor bakal menganjurkan Sopma pada 22 hingga 27 Jun ini sebelum berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) pada 11 hingga 19 Julai 2020 diikuti Para Sukma pada 15 hingga 22 Ogos 2020.


Pengarang :