Atlet yang menyumbang pingat pada kejohanan Sopma 2018 menerima insentif di pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor pada 10 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Sopma 2020: MSN tawar ganjaran atlet sumbang pingat

SHAH ALAM, 10 FEB: Atlet Selangor yang menyertai Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) pada Jun ini dicabar mempamerkan prestasi terbaik dan menyumbang pingat.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata insentif akan diberikan jika atlet berjaya meletakkan pasukan pada kedudukan ketiga kejohanan itu.

Adi Faizal Ahmad Tarmizi menyerahkan insentif kepada pemenang pingat kejohanan Sopma 2018 di pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor pada 10 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Saya lihat pencapaian mereka saban tahun amat baik dan jika berjaya kali ini, MSN akan keluarkan peruntukan lebih untuk menghargai pengorbanan atlet,” katanya selepas menyampaikan insentif kepada pemenang pingat kejohanan Sopma 2018 di pejabat MSN di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabran Abd Bahar dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor (Seldeaf) Sarkunan Balakrishnan.

Seramai 23 atlet menerima insentif wang tunai RM3,800 daripada Tabung Seldeaf.

Johor bakal menganjurkan Sopma pada 22 hingga 27 Jun ini sebelum berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) pada 11 hingga 19 Julai 2020 diikuti Para Sukma pada 15 hingga 22 Ogos 2020.


Pengarang :