Stadium Sultan Suleiman yang dinaik taraf sejak setahun lalu dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan orang ramai. Foto ASRO SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Stadium Sultan Suleiman dibuka semula kepada orang ramai

KLANG, 5 FEB: Stadium Sultan Suleiman yang dinaik taraf sejak setahun lalu kini dibuka semula kepada orang awam, kata timbalan yang dipertua Majlis Perbandaran Klang.

Elya Marini Darmin berkata komuniti setempat dibenarkan berjoging secara percuma pada waktu terhad dari 6.30 hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 7 malam setiap hari.

“Orang ramai boleh menggunakan trek larian sahaja setakat ini manakala padang bola sepak tidak dibenarkan kerana rumput belum tumbuh sepenuhnya,” katanya pada program prapelancaran Stadium Sultan Suleiman dan Fit Gen Cerdas 2020 pada 1 Februari lalu.

Elya Marini berkata pihaknya terus komited menyediakan kemudahan terbaik untuk keselesaan ahli sukan negeri dan rakyat sebagai galakan hidup sihat.

Stadium yang dinaik taraf dengan kos kira-kira RM3.5 juta mampu memuatkan 1,500 orang pada satu masa dilengkapi dua bilik persalinan, surau, tandas, bilik orang kenamaan, tiga bilik pelbagai guna dan satu bilik elektrikal.


Pengarang :