Logo PARA ASEAN 2020
AGENDASUKANKINI

Sukan Para Asean ke-10 di Filipina ditangguh lagi

HANOI, 11 FEB: Sukan Para Asean ke-10 di Filipina ditangguhkan lagi buat kali kedua berikutan penularan wabak koronavirus 2019, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Penangguhan itu juga selaras dengan cadangan Suruhanjaya Sukan Filipina yang berpendapat langkah itu diambil atas faktor “keselamatan”.

Filipina satu-satunya negara di luar China dan Hong Kong yang mencatatkan kematian akibat virus itu.

Kejohanan itu sepatutnya diadakan antara 18 dan 24 Januari, ditangguhkan pada 20 hingga 28 Mac berikutan masalah kewangan dan logistik.

Presiden Paralimpik Filipina Michael Barredo mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Sukan Para ASEAN mengenai penangguhan itu, di Thailand minggu lalu.

Beliau berkata Filipina berharap dapat mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan acara dapat diadakan pada Mei atau Jun.

-BERNAMA


Pengarang :