Hee Loy Sian (dua, kiri) melancarkan sesi taklimat Program Kutipan Caj Beg Plastik di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini. Foto NADIAH ZAMLUS/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Taklimat ambil alih kutipan caj plastik diteruskan sepanjang tahun

PETALING JAYA, 4 FEB: Taklimat berhubung pengambilalihan kutipan caj beg plastik kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diteruskan kepada peniaga sepanjang tahun ini, kata EXCO alam sekitar.

Hee Loy Sian berkata sesi penerangan itu bagi memastikan peniaga memahami tujuan pelaksanaannya dalam usaha menjadikan Selangor bebas plastik menjelang 2025.

“Keyakinan pengguna didapati menurun apabila pengurusan kutipan caj beg plastik dijalankan peniaga. Justeru, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan pelaksanaannya diambil alih PBT bermula 1 Januari 2020 dan disalurkan kepada Tabung Amanah bagi program kesedaran alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sesi taklimat Program Kutipan Caj Beg Plastik Selangor di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohd Sayuthi Bakar dan hampir 200 peniaga.


Pengarang :