Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (empat, kiri) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (tiga, kiri) menggaul ‘Yee Sang’, acara tradisi setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Persatuan Cina Muslim Malaysia pada 9 Februari 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

TPM meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2020 anjuran Parlimen Bandar Tun Razak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini.

Sejurus tiba jam 12.35 tengah hari Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu disambut dengan tarian singa.

Beliau kemudiannya dilihat menyantuni dan bertanya khabar tetamu majlis berkenaan sebelum menggaul ‘Yee  Sang’ serta menyampaikan ‘angpow’ kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang ialah Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar.

Seramai 700 penduduk Bandar Tun Razak yang terdiri daripada kumpulan B40 menerima ‘angpow’.

Selain itu, Jabatan Penerangan Malaysia turut mengedarkan risalah mengenai pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan untuk kepentingan rakyat melalui program ‘Info On Wheels’ pada majlis berkenaan.

– BERNAMA


Pengarang :