Timbalan Naib Canselor Pentadbiran, Perancangan dan Jaringan Global Unisel, Prof Dr Mohd Nor Nawawi (dua kiri) bersama Rektor UBD, Dr Sunda Ariana Bochari (dua kanan) membuat pertukaran MoU di kampus Bestari Jaya pada 26 Februari. Foto ihsan Facebook Universiti Selangor
PENDIDIKANSELANGOR

Unisel-UBD jalin kerjasama pendidikan antarabangsa

SHAH ALAM, 28 FEB: Universiti Selangor (Unisel) buat pertama kali menjalin kerjasama pendidikan antarabangsa dengan Universitas Bina Darma (UBD) melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak di kampus Bestari Jaya, semalam.

Pengarah komunikasi korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata MoU berkenaan meliputi ‘Sit In Programme’, program mobiliti melibatkan penyertaan pelajar dari kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

“Seramai 17 pelajar dan tiga pensyarah dari UBD mengikuti program ini di Unisel yang dikendalikan sepenuhnya Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran selama empat minggu bermula 5 Januari hingga 5 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, MoU disempurnakan Timbalan Naib Canselor Pentadbiran, Perancangan dan Jaringan Global Unisel, Prof Dr Mohd Nor Nawawi sambil disaksikan Pendaftar, Rokma Mat

Bagi pihak UBD pula ditandatangani Rektor, Dr Sunda Ariana Bochari dan disaksikan Pengarah Urusan Internasional dan Kerjasama, M Iqbal Ramdhani.


Pengarang :