AGENSISELANGOR

Wanita ditemui terbaring dengan kesan kelar

SHAH ALAM, 20 FEB: Seorang wanita tempatan ditemui mati dengan beberapa kesan kelar pada badan di tempat letak kenderaan Jalan Merbah, Pusat Bandar Puchong Jaya, Puchong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Polis Asmadi Borhan berkata mangsa berumur 50-an dijumpai terbaring pada pukul 10.30 malam oleh anggota unit pasukan peronda polis.

“Turut ditemui kereta Toyota Camry dipercayai milik mangsa di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

– BERNAMA


Pengarang :