EXCOSELANGOR

YAnIS bakal beroperasi tidak lama lagi

SHAH ALAM, 15 FEB: Yayasan Anak Istimewa Selangor (YAnIS) yang kini dalam proses pendaftaran bakal beroperasi tidak lama lagi, kata EXCO Kebajikan Dr Siti Mariah Mahmud.

Dengan memberi tumpuan terhadap keperluan orang kelainan upaya (OKU) di Selangor, YAnIS akan menjalankan program tanggungjawab sosial bersama syarikat korporat mahupun individu.

“Yayasan ini akan menggerakkan program-program bagi membolehkan pemegang taruh termasuk agensi negeri lebih rapat dengan anak-anak istimewa,” katanya selepas menyampaikan anugerah kepada petugas pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Hotel De Palma Shah Alam di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Mohd Hanafi Maulud.

Pada 1 November lalu Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan akan menubuhkan YAnIS dengan suntikan RM1 juta menerusi Belanjawan Selangor 2020.

Penubuhan yayasan itu dijangka dapat membantu Kerajaan Negeri mengendalikan keperluan semasa seperti pengurusan operasi, pencarian dana dan latihan kemahiran yang diperlukan dalam merealisasikan program pemberdayaan OKU di negeri ini.


Pengarang :