Petugas Kementerian Kesihatan membuat persediaan di pusat pemantauan bagi menerima rakyat Malaysia yang pulang dari Wuhan, China di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Labu pada 26 Februari 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

409 diwarta pusat kuarantin, 46 di Selangor

SHAH ALAM, 21 MAC: Sebanyak 409 lokasi diwartakan sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi pandemik Covid-19 selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Senarai itu termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej komuniti, Institut Kemahiran Mara, pusat latihan, dan Taman Negara Similajau di Bintulu, Sarawak.

Di Selangor sebanyak 46 lokasi disediakan. Semua warga Malaysia yang pulang dari luar negara wajib dikuarantin.

Berikut lokasi kuarantin di Selangor:

– Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu
– Agensi Nuklear Malaysia
– Akademi Penerbangan Malaysia
– Agensi Anti Dadah Kebangsaan
– Institut Alam Sekitar Malaysia
– Institut Kepimpinan IM4U
– Institut Latihan Islam Malaysia
– Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan, Bangi
– Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
– Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat
– Institut Kemahiran Belia Negara Peretak
– Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang
– Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua
– Institut Penilaian Negara
– Institut Kemajuan Desa
– Institut Perakaunan Negara
– Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam
– Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut
– Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang
– Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat
– Institut Koperasi Malaysia
– Institut Pengurusan Veterinar Cheras
– Institut Pertanian Serdang
– Kem Bina Negara Tanjung Rhu
– Kem Wawasan Negara Meru
– Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh
– Kolej Kemahiran Tinggi Mara Petaling Jaya
– Kolej Komuniti Sabak Bernam
– Kolej Komuniti Selayang
– Kolej Komuniti Shah Alam
– Kolej Komuniti Tanjung Karang
– Kolej Komuniti Hulu Langat
– Kolej Komuniti Hulu Selangor
– Kolej Komuniti Klang
– Kolej Komuniti Kuala Langat
– Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya
– Institut Perindustrian MARA Jepun Beranang
– Politeknik Banting
– Politeknik Sultan Idris Shah
– Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
– Pusat Bimbingan Usahawan Serdang
– Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai
– Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Serdang
– Pusat Latihan Mardi Serdang
– Pusat Latihan Teknologi Tinggi Shah Alam
– Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan


Pengarang :