Dato’ Seri Amirudin Shari menerima cenderahati daripada Yang Dipertua PIBG Sekolah Rendah Agama Selayang Baru, Mizan Mamat ketika Mesyuarat Agong Tahunan PIBG SRA Selayang Baru Kali Ke-16 pada 7 Mac 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

800 murid tidak lagi berpanas, SRA Selayang Baru bina kawasan berbumbung RM50,000

SELAYANG, 7 MAC:  Sekolah Rendah Agama (SRA) Selayang Baru menerima sumbangan RM50,000 bagi membina kawasan berbumbung di hadapan sekolah itu demi manfaat hampir 800 pelajar dan kakitangannya, kata Dato’ Menteri Besar.

“Pembinaan kawasan berteduh ini saya difahamkan bukan sahaja dapat dimanfaatkan pelajar atau kakitangan sekolah sebaliknya jemaah surau (Surau Al-Ittihadiyah) di sebelah juga mendapat faedah.

“Justeru, murid-murid yang menunggu ibu bapa atau bas sekolah datang tidak perlu lagi berpanas,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari yang memegang portfolio agama dan pendidikan selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA Selayang Baru di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG, Mizan Mamat berkata beliau mewakili sekolah berkenaan menzahirkan jutaan terima kasih di atas sumbangan terbabit.

“Pembinaan kawasan berbumbung ini memang keperluan mendesak. Alhamdulillah Dato’ Seri setuju untuk sumbang. Kami menghargai sumbangan ini,” katanya.

 


Pengarang :