Kakitangan perubatan melakukan saringan pengesanan Covid-19 ke atas jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur. Foto Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

9,026 peserta tabligh sudah disaring – KKM

SHAH ALAM, 26 MAC: Seramai 9,026 tabligh dari kluster perhimpunan Masjid Sri Petaling telah disaring sehingga jam 12 tengah malam tadi, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Kenyataan menerusi Twitter KKM itu memaklumkan, daripada jumlah berkenaan, 1,057 peserta tabligh disahkan positif Covid-19, sementara 5,625 didapati negatif dan 2,704 masih menunggu keputusan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling dan sehingga kini seramai 95 peratus berjaya dikesan.

Ia hasil kerjasama KKM dan kumpulan tabligh yang membantu mengesan peserta lain.

“Hanya lima peratus yang kita sedang cari. Kita sudah hubungi peserta lain minta beri maklumat jika ada peserta lain yang mereka tahu (menyertai perhimpunan) belum tampil. Mungkin mereka takut,” katanya.


Pengarang :