Penguat kuasa MPKj menjalankan pemeriksaan ke atas premis perniagaan dan gerai penjaja bagi memastikan mereka mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Foto ihsan MPKj
PBTSELANGOR

97 peratus peniaga, penjaja di Kajang patuh PKP

SHAH ALAM, 31 MAC: Kadar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kalangan peniaga dan penjaja di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mencapai 95 hingga 97 peratus setakat semalam, kata timbalan yang dipertuanya.

Najmuddin Jemain berkata golongan terbabit memberi kerjasama baik walaupun usaha bagi memastikan mereka benar-benar mematuhi arahan PKP bukan tugas yang mudah.

“Setakat ini, pemeriksaan ke atas 237 premis sekitar daerah ini berjalan lancar dengan 189 notis dikeluarkan termasuk tiga sitaan.

“MPKj juga menyita premis seperti kilang yang masih beroperasi walaupun tiada kena mengena dengan perkhidmatan perlu selain tiada kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata, penguat kuasa dan petugas MPKj akan menggerakkan pemantauan berterusan bagi memastikan peniaga tidak melanggar PKP sehingga 14 April ini.

“Orang awam juga diingatkan membuat penjarakan sosial khususnya di tempat tumpuan seperti pasar raya dan pasar awam,” katanya.


Pengarang :