AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir di beberapa negeri malam ini

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan menyebut, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hilir Perak dan Muallim di Perak; dan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Kawasan lain yang diramal turut terlibat adalah di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Petaling di Selangor; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor; Bera dan Rompin di Pahang, Perlis dan Melaka.

– BERNAMA


Pengarang :