Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Pesta Buku Selangor 2020 di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada 1 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Amirudin komited perjuangan KEADILAN

SHAH ALAM, 1 MAC: Dato’ Seri Amirudin Shari tetap bersama KEADILAN, malah beliau bertekad untuk memastikan Pakatan Harapan (Pakatan) kekal di Selangor.

Walaupun Dato’ Menteri Besar dikaitkan dengan beberapa pemimpin yang meninggalkan parti, beliau yang juga pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN tetap mempertahankan Pakatan.

“Ada batas tertentu, hubungan keluarga, kawan silaturrahim diteruskan tetapi dalam politik kita ada disiplin dan tanggungjawab kita laksanakan berdasarkan garis tersebut.

“Kalau bertindak ikut individu saya sudah sabotaj Kerajaan Negeri sekarang ataupun saya buat biar sahaja. Jadi aspek tanggungjawab kena jelas,” katanya dalam sidang media selepas Pesta Buku Selangor 2020 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.


Pengarang :