Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.
AGENDANASIONAL

Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

SHAH ALAM, 9 MAC: Datuk Seri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan minggu lalu.

Pejabat Perdana Menteri berkata pelantikan Azam berkuat kuasa hari ini selaras dengan  Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPMRM,” kata kenyataan itu hari ini.

Azam, 57, memulakan kerjaya sebagai penolong pegawai penyiasat bahagian risikan Badan Pencegah Rasuah pada 1984 pernah terlibat dalam siasatan skandal 1MDB dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Pada 6 Mac lalu, SPRM mengesahkan Latheefa telah menghantar surat permohonan peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac.


Pengarang :